tabung haji anjur kursus perdana haji musim 1436h/2015m peringkat negeri melaka ayer keroh, sabtu, 1 ogos 2015: lembaga tabung h


Tabung Haji Anjur Kursus Perdana Haji Musim 1436H/2015M
Peringkat Negeri Melaka
Ayer Keroh, Sabtu, 1 Ogos 2015: Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan
Kursus Perdana Haji Musim 1436H/2015M bagi semua negeri di seluruh
negara secara berperingkat bermula pada 31 Julai sehingga 16 Ogos
2015.
Kursus Perdana Haji Musim 1436H/2015M Peringkat Negeri Melaka
dirasmikan oleh YBhg Datuk Haji Yaakub bin Md Amin, Timbalan Pengerusi
MAIM bertempat di Masjid Alami, MITC, Ayer Keroh. Kursus ini
berlangsung selama dua (2) hari bermula hari ini sehingga Ahad, 2 Ogos
2015. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Haji Abdul Kadir
Sahlan, Ketua Pegawai Pelaburan TH.
Kursus Perdana Haji merupakan kursus terakhir kendalian TH dalam usaha
meningkatkan tahap pengetahuan jemaah haji berkaitan ibadah haji serta
memberikan maklumat terkini sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.
Para bakal jemaah diberikan pendedahan melaksanakan ibadat haji
melalui latihan amali secara simulasi seperti bertawaf, saie, melontar
jamrah serta amalan-amalan secara berkumpulan. Simulasi berkumpulan
ini memberikan pendedahan terhadap situasi di Tanah Suci yang akan
dikunjungi oleh jutaan umat Islam dari seluruh dunia.
Pihak TH berharap para bakal jemaah melaksanakan bersungguh-sungguh
latihan ini dengan bimbingan daripada Pembimbing Ibadat Haji TH.
Sebelum ini, TH juga telah melaksanakan beberapa kursus haji seperti
Kursus Asas Haji, Kursus Intensif Haji dan Kursus Khas Haji bagi warga
emas. Kursus Perdana Haji ini adalah pelengkap kepada proses bimbingan
haji kepada para bakal jemaah sebelum berangkat ke Tanah Suci.
TH bukan sahaja mengambil kira penyediaan dari segi infrastruktur dan
logistik operasi haji, malah turut memberikan penekanan kepada
kefahaman dan pengetahuan berkenaan ibadah haji untuk para bakal
jemaah. Justeru, kursus-kursus telah dianjurkan sepanjang tahun
bermatlamat untuk memberikan pendedahan berkenaan ibadah-ibadah haji
agar para bakal haji bersedia dari segi kefahaman ibadah, ketahanan
fizikal dan persediaan rohani, agar mereka dapat mengerjakan ibadat
haji dengan sempurna.
Selain daripada itu, para bakal jemaah haji juga dinasihatkan untuk
membuat segala persediaan lain untuk ke Tanah Suci seperti memantapkan
stamina diri dengan melakukan aktiviti riadah dan kecergasan,
penjagaan kesihatan melalui pemakanan dan vitamin-vitamin serta
penyediaan barangan keperluan yang mencukupi seperti yang disarankan
oleh TH. Sepanjang berada di Tanah Suci, para bakal haji juga
dinasihatkan untuk mematuhi peraturan oleh TH dan pihak kerajaan Arab
Saudi demi kebaikan bersama.
Jadual Kursus Perdana Haji Musim 1436H/2015M dimulai oleh tiga negeri
iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah pada 31 Julai hingga 1 Ogos dan
disusuli pula oleh Sarawak (Zon Sibu), Negeri Sembilan, Sabah (Zon
Pantai Barat), Melaka, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Perak,
Pahang dan Selangor pada 1 hingga 2 Ogos . Manakala Perlis dan Johor
akan bermula pada 7 hingga 8 Ogos; Sarawak (Zon Kuching) dan Sabah
(Zon Pantai Timur) pada 8 hingga 9 Ogos dan diakhiri Sarawak (Zon
Miri) pada 15 hingga 16 Ogos.
-Tamat-
Lembaga Tabung Haji
Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah badan berkanun yang
diperbadankan di bawah Akta Lembaga Tabung Haji, 1995 (Akta 535).
Aktiviti utama TH adalah dalam pengurusan haji, tabungan dan
pelaburan. Antara sektor pelaburan terasnya adalah kewangan Islam,
perladangan, hartanah, pembinaan, teknologi maklumat, minyak & gas,
hospitaliti, perkhidmatan dan makanan halal. TH mempunyai 120 buah
cawangan di seluruh negara dan satu cawangan di Jeddah, Arab Saudi.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan Tabung Haji, sila
lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre
ditalian 03-6207 1919.
3

  • ПРОЄКТ У К Р А Ї Н А КОРЮКІВСЬКА
  • FLORIDA STATE UNIVERSITY SPONSORED RESEARCH ADMINISTRATION THIRDPARTY COSTSHARE COMMITMENT
  • FORMULARZ ZGŁOSZENIA NA PODSTAWIE ZALECENIA KOMISJI 98257WE ZALECENIE KOMISJI
  • REGLAMENTO DEL CONSEJO DIRECTIVO DE LA UNIVERSIDAD TECNOLÓGICA DE
  • ROZPORZĄDZENIE MINISTRA ZDROWIA1) Z DNIA 28 GRUDNIA 2012 R
  • MACIEJ KRAJEWSKI WIELKOPOLSKIE CENTRUM ONKOLOGII ODDZIAŁ CHIRURGII ONKOLOGICZNEJ I
  • REGIONE CALABRIA DIPARTIMENTO “UOA POLITICHE DELLA MONTAGNA FORESTE E
  • ZAKŁAD DOSKONALENIA ZAWODOWEGO UL WYBICKIEGO 3A 31261 KRAKÓW NIP
  • SEMINARSKI RAD OPTIČKI TELESKOPI PAJKIĆ DAJANA APRIL 2013 SADRŽAJ
  • ORIENTACIONES PARA LOS MAESTROS DE ALUMNOS CON TDAH DISPOSICIÓN
  • UPUTE ZA IZRADU GOOGLE SCHOLAR PROFILA ZA PRIJAVU NA
  • VERDAL KOMMUNE MØTEINNKALLING KOMMUNESTYRETS MEDLEMMER DERE INNKALLES MED DETTE
  • ADDING A CARDHOLDER TO A COMPANY THIS FORM MUST
  • POSICION DE UN SECRETARIO INTERVENTOR ANTE LA APLICACIÓN DE
  • BARTÁK MARTIN ING NAROZEN 1966 ZAMĚSTNÁNÍ VŠ PEDAGOG ČVUT
  • ASUNCIÓN DE MAYO DE 2016 SEÑORES GLOBAL SHIPPING (PARAGUAY)
  • PV 4 B PARTICIPATORY PROCESS FOR THE PRIMARY
  • AV VE YABAN HAYATINDA AV TURİZMİ I GİRİŞ TÜRKIYE
  • ZMIANA DANYCHWTÓRNIKPRZEDŁUŻENIE PRAWA JAZDY CO MUSISZ PRZYGOTOWAĆ 1 WNIOSEK
  • POLK COUNTY LOCAL GOVERNMENT INTERNET AND ELECTRONIC MAIL ACCEPTABLE
  • INVESTIGATION OF TWO MODELS TO SET AND EVALUATE QUALITY
  • 6 ANEXO 1 ENCUESTA TELEFÓNICA A REALIZAR DURANTE LA
  • MOTTO KALAU DAHULU SUSAH SENANG KITA BERSAMA
  • Modelo%20de%20solicitud%20masiva%20certificaci%C3%B3n%20individual_3F-2%20Tramo
  • 3 VENTAS Y SERVICIOS – NUEVO TEXTO – ART
  • SEDIMENTATIONCONSOLIDATION OF A DOUBLE POROSITY MATERIAL HENRY WONGA CHIN
  • RED DE JÓVENES LA RED INTERAMERICANA DE JÓVENES HA
  • EFRAG DRAFT COMMENT LETTER ON THE IASB ED ON
  • NZQA REGISTERED UNIT STANDARD 26218 VERSION 2 PAGE 14
  • GES 1 DYNAMIC EARTH SPRING 2008 NAMEKEY METAMORPHIC ROCKS